PELAKON Meryl Streep dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu Don Gummer sejak enam tahun lalu. Page Six melaporkan pasangan berkenaan membawa haluan masing-masing selepas 45 tahun mendirikan rumah tangga namun tidak dinyatakan sebab mereka berpisah. Bagaimanapun pasangan itu masih bergelar suami isteri susulan tidak pernah memfailkan penceraian mereka. Meryl bersama tiga orang anak perempuannya. "Don dan Meryl sudah berpisah sejak enam tahun lalu. Mereka memilih untuk hidup berasingan namun masih mengambil berat antara satu sama lain," kata sumber pasangan berkenaan. Susulan pendedahan itu, ramai melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya memandangkan pelakon filem Devil Wears Prada itu dilihat masih memakai cincin perkahwinan ketika menghadiri sebuah program baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Travis Kelce beli banglo RM28 juta demi privasi bersama Taylor Swift ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake Kali terakhir Meryl dan Don dilihat bersama adalah ketika menghadiri Anugerah Oscars pada 2018. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1978 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!