suria

Gerak-geri sedang dipantau, Israel ‘panas’ sokongan Gigi Hadid terhadap Palestin

Kerajaan Israel mengugut mahu memantau gerak-geri Gigi Hadid.

MODEL terkenal Gigi Hadid menerima ugutan dipercayai daripada pemerintah Israel susulan menunjukkan sokongan terhadap nasib menimpa rakyat Palestin di Instagram miliknya.

Gigi menerusi hantaran tersebut secara lantang mengutuk tindakan kejam rejim zionis terhadap penduduk di Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.

"Mengutuk kerajaan Israel bukan bererti anti-semitik dan menyokong Palestin pula bukan menyokong Hamas," tulisnya.

20231016151105_befunky-collage-1-

Gigi menerima ugutan daripada kerajaan Israel gara-gara menyokong Palestin.

Disebabkan kenyataan itu, kerajaan Israel menyelar model kacukan Palestin-Belanda itu yang menyifatkan dia tidak tahu punca sebenar di sebalik serangan terhadap Gaza.

Rejim zionis itu mendakwa punca utama mereka membuat serangan balas apabila Hamas dikatakan bertindak kejam terhadap penduduk yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu berdua-duaan, Gigi Hadid dan Bradley Cooper pinjam banglo mewah tepi pantai milik Taylor Swift

ARTIKEL BERKAITAN: Gigi Hadid ‘kantoi’ bawa dadah, beg kena geledah di lapangan terbang

"Apakah kamu sudah tidur sejak seminggu ini? Atau adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila bayi Yahudi disembelih?," dakwa kerajaan Israel.

Ekoran daripada hantaran tersebut, rejim itu juga mengugut mahu mengambil tindakan terhadap Gigi dengan memantau gerak-gerinya selepas ini.

"Lebih baik kamu diam sebab sangat jelas kamu tidak tahu di mana anda berdiri ketika ini... Awas kami sedang mengawasi kamu," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain