suria

Cinta Laura ditawar sertai kerajaan Indonesia, tolak bergelar menteri elak jadi ‘patung’

Cinta Laura tolak jadi menteri?

PELAKON Cinta Laura mendedahkan dia pernah ditawarkan memegang jawatan sebagai menteri dalam kerajaan Indonesia.

Laura atau Cinta Laura Kiehl, 30, bagaimanapun memberitahu menolak tawaran itu kerana merasakan jawatan itu bercanggah dengan prinsip hidupnya.

"Saya tak mahu ikut pandangan atau nilai orang lain yang ada belakang saya nanti, prinsip saya berbeza" katanya.

Cinta Laura ada prinsip.

Cinta Laura tolak tawaran jadi menteri?

Wanita berdara berdarah Jerman kacukan Indonesia ini juga tidak mahu berpura-pura jika menerima tawaran berkenaan.

"Saya selalu lihat ahli politik pada awalnya selalu berfikiran terbuka, bijak dan ada semangat jati diri muda yang tinggi, tapi setelah sertai politik terus berubah macam seolah-olah jadi patung pula," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘sakit mata’ tengok Cinta Laura buat tarian tiang, netizen gelar aksi seperti pelacur

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama hampir menangis dengar pidato Cinta Laura... Mujur ada isteri dekat sebelah

Dalam pada itu, meskipun menolak tawaran menjadi menteri, Laura mempunyai visi dan misi tersendiri dalam menyuarakan pandangan isu semasa menerusi platform media sosialnya.

“Biarlah saya gunakan platform media sosial bagi menyuarkan isi hati rakyat.

“Dengan cara itu saya dapat mencapai misi serta visi saya dengan lebih telus,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain