suria

Banyak kali gagal uji bakat, Song Joong Ki belum putus asa cipta nama di Hollywood

Song Joong Ki mahu mencuba pelbagai watak.

PERCUBAAN pelakon Song Joong Ki melebarkan sayap di Hollywood beberapa kali menemui kegagalan apabila sering ditolak ketika menghadiri uji bakat.

Joong Ki bagaimanapun memberitahu perkara itu tidak pernah membuatkan dia berputus asa sebaliknya akan kembali mencuba nasib selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless.

Kata Joong Ki, dia yakin mempunyai keistimewaan tersendiri dan mahu meneroka budaya berbeza bagi mengelakkan dia sering menerima tawaran sama di Korea Selatan.

jk - 1

Joong Ki pernah popular menerusi drama Vicenzo.

"Secara peribadi saya cuba untuk tidak berlakon watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless, saya merancang untuk ke luar negara bagi menyertai beberapa sesi uji bakat.

"Saya sering ditolak sebelum ini... jadi saya harap akan berjaya kali ini kerana saya mahu berlakon dalam konteks budaya yang berbeza," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Song Joong Ki terluka, isteri jadi bahan gosip sampai ke Eropah

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi berbual di media sosial... Lee Kwang Soo, Song Joong Ki didakwa sudah putus kawan

Apabila ditanya tentang matlamatnya sebagai pelakon, aktor berkenaan memberitahu dia mahu mengembangkan lagi bakat lakonannya dengan melakonkan watak lebih mencabar.

"Saya mahu meluaskan lagi kerjaya saya... itu sebab saya mengambil pelbagai cabaran dalam lakonan.

"Saya mahu menjadi pelakon yang membuatkan peminat tertunggu-tunggu untuk menantikan karya saya," ujarnya.

Sebelum ini, Joong Ki pernah membintangi beberapa siri drama popular termasuk Arthdal Chronicles, Descendants of the Sun, Vicenzo, Reborn Rich dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain