PENYANYI Britney Spears mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan bersama bekas kekasihnya iaitu Justin Timberlake. Kata Britney, 42, tindakan tersebut dilakukan kerana ketika itu Justin belum bersedia untuk menjadi seorang bapa. Menurutnya lagi, dia berkemungkinan tidak akan melakukan prosedur menggugurkan kandungan itu sekiranya keputusan hanya dibuat oleh dirinya sendiri. "Justin tidak gembira dengan berita kehamilan saya. Katanya dia tidak bersedia untuk memiliki anak dalam hidup kami kerana terlalu muda. Britney dedah kisah lama bersama Justin. "Jika saya sendiri, mungkin saya tidak akan melakukannya. Namun Justin tidak yakin dia boleh menjadi seorang bapa," katanya. Britney menulis perkara tersebut dalam buku biografi dirinya berjudul The Woman in Me. Britney sebelum ini pernah bercinta dengan Justin ketika dia berusia 17 tahun dan mereka berpisah pada 2002. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak kuat” - Britney Spears bersuara tentang Sam Asghari, enggan dedah punca berpisah ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears separuh bogel sambil tunggang kuda, peminat suruh dapat rawatan psikologi Dalam memoir tersebut, penyanyi ini turut memberitahu pengalaman itu adalah antara yang paling menyeksakan dalam hidupnya. Meskipun dia mencintai Justin namun keputusan menggugurkan kandungan perlu dilakukan tanpa kerelaan hati sendiri. "Kehamilan itu satu kejutan namun bukan tragedi buat saya. Saya amat mencintai Justin dan berharap kami akan membina keluarga bersama. "Sehingga hari ini ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeksakan dalam hidup saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!