PELAKON Im Soo Hyang berkongsi pengalaman menarik semasa menjayakan babak cium di dalam drama My ID Is Gangnam Beauty.Im Soo Hyang memaklumkan adegan ciuman bersama Cha Eunwoo tersebut mengambil masa hampir enam jam bagi memastikan ia kelihatan sempurna. "Ia adalah adegan ciuman pertama dalam drama itu dan kami merakamnya dari pelbagai sudut untuk menjadikan kelihatan cantik," katanya.Babak ciuman ambil tempoh enam jam untuk terlihat sempurna.Im Soo Hyang mendedahkan perkara tersebut semasa muncul di dalam program Problem Child in House bersama Han Hye-jin dan Park Ha-sun baru-baru.Lebih mengejutkan lagi apabila Im Soo Hyang mengalami bengkak bibir kerana babak berkenaan mengambil masa yang lama untuk dirakamkan.ARTIKEL BERKAITAN: Im Siwan sumbang RM73,000 kepada kanak-kanak miskin sempena ulang tahun ke-32ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dihalau keluarga, jiran gelar sampah masyarakat "Penggambaran adegan ciuman berlangsung selama lebih 6 jam selama 2 hari. Jika awak benar-benar melihatnya, bibir saya nampak semakin bengkak," ujarnya.Dalam rancangan tersebut, Im Soo-hyang turut menyatakan pengalamannya pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar pada usia 14 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!