PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan dia dia pernah dibuang keluarga sendiri disebabkan kekal dengan pendirian mahu menjadi seorang transgender. Intip Seleb melaporkan Lucinta juga mendedahkan dia pernah dianggap sebagai sampah masyarakat oleh banyak pihak gara-gara kedegilannya mahu menjadi wanita. Lucinta berkata, ketika itu dia terpaksa hidup berdikari tanpa mempunyai tempat tinggal tetap. Lucinta dianggap sampah masyarakat. "Cuba bayangkan saya dihalau. Dikatakan sampah masyarakat dan mendatangkan aib kepada keluarga. Jiran-jiran juga banyak yang bercakap fasal saya. "Ketika itu, saya nak mencari duit sebab saya susah. Tidak tahu mahu minta tolong kepada siapa. Telefon juga tiada," katanya dalam satu rakaman video bersama Pelakon dan penyanyi, Boy William. ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna buat ‘maternity shoot’, kantoi perut kempis... Netizen minta rujuk pakar psikiatri ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna menangis setiap hari, merayu mahu ikut tunang pindah Ukraine Lucinta turut menasihati Boy supaya sentiasa menjaga dan meluangkan masa bersama ahli keluarganya. "Aku mahu nasihatkan, kamu patut habiskan masa bersama keluarga. Ketika masa masih ada. Sayangkan keluarga daripada duit. Duit bila-bila boleh cari," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!