suria

Justin Bieber sokong Israel, isteri pula pilih bersama Palestin... Siap buka tabung bantuan

Hailey buka tabung derma untuk rakyat Palestin.

UMUM mengetahui penyanyi Justin Bieber secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap Israel.

Malah tindakan penyanyi pop itu baru-baru ini juga mendapat kecaman ramai apabila memuat naik hantaran Pray For Israel yang berlatar belakang kehancuran negara Palestin.

Disebabkan hantaran itu Bieber menerima kecaman netizen sehingga dia bertindak memadam perkongsiannya di laman Instagram.

Justin

Perkongsian Justin (kiri) dan Hailey (kanan) di Instagram masing-masing.

Namun berlainan pula dengan isterinya Hailey Bieber yang menunjukkan sokongan kepada negara Palestin.

Menerusi Instagram peribadinya, Hailey meluahkan rasa bimbangan mengenai perang antara Palestin dan Israel yang sedang berlaku ketika ini.

Katanya ramai orang menjadi mangsa peperangan tersebut terutama kanak-kanak.

"Serangan ngeri ke atas nyawa yang tidak bersalah ini sememangnya tidak dapat ditanggung. Seperti yang selalu berlaku, kanak-kanak tidak berdosa menderita dalam konflik dan peperangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap hubungan seks perosak jiwa, Justin Bieber tak sentuh Hailey sebelum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber dan Hailey perlekeh ibadah puasa, netizen minta didik diri tentang Ramadan

Prihatin dengan perkara itu dia juga membuka ruang agar orang ramai boleh memberi sumbangan kepada anak-anak di Palestin.

Tindakan itu mendapat pujian ramai yang rata-rata berpendapat Hailey tidak terpengaruh dengan suaminya.

"Pasangan tak sependapat, yang suami sokong Israel... isteri pula Palestin.

"Bagus Hailey tak terpengaruh dengan Justin," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain