suria

BamBam GOT7 jejak mangsa insiden Siam Paragon, bantu urus pengebumian

Bambam bantu ringankan beban keluarga mangsa insiden Siam Paragon.

INSIDEN tembakan di pusat beli belah Siam Paragon, Thailand pada 3 Oktober lalu mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan kpop GOT7.

Terkesan dengan insiden menyayat hati itu, GOT7 turut mengambil inisiatif mengurus dan membayar kos pengebumian salah seorang mangsa yang juga peminat kumpulan tersebut.

Malah salah seorang anggotanya yang berasal dari Thailand iaitu BamBam turut menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan tentang bantuan berkenaan.

got7 1

Kumpulan GOT7 turut bersimpati dengan nasib mangsa tragedi Siam Paragon.

BamBam turut berusaha mencari keluarga mangsa yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas cedera parah akibat terkena tembakan.

Sebelum ini BamBam bersama dua lagi anggota GOT7 iaitu Mark dan Jay B turut menghantar bunga serta ucapan takziah ketika mangsa menerima rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Siam Paragon: Remaja dakwa dengar bisikan ‘tembak orang’, rupanya ada sejarah masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku bercinta, Jay B GOT7 tiba-tiba sudah berpisah dengan PURE.D

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 14 tahun melepaskan beberapa das tembakan secara rambang yang menyebabkan dua orang awam meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan menerima rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain