PASANGAN Victoria Beckham dan David Beckham merupakan antara pasangan berpengaruh menjadi perhatian ramai sejak mereka berkahwin sejak 24 tahun lalu.Sepanjang tempoh itu juga, David membuktikan dia cukup menyayangi Victoria apabila menghadiahkan sebanyak 15 bentuk cincin yang ada bernilai jutaan dolar. Cincin pertama yang dihadiahkan David bernilai AS$85,000 (RM400,000) ketika pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka di Chester, England pada 1998.Cincin terakhir yang diterima Victoria. Kebanyakan cincin diberikan David kepada isterinya itu biasanya dipakai tidak sampai setahun sebelum bekas pemain bola sepak kelab Manchester United itu membelikan yang baharu.David juga dilaporkan pernah membeli sebentuk cincin untuk hari lahir Victoria yang ke-30 pada 2004 yang berharga AS$1.1 juta (RM5.2 juta).ARTIKEL BERKAITAN: Tempat parkir kereta lokasi Victoria jumpa David Beckham, elak percintaan dihidu peminatARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Victoria Beckham tidak terlibat reunion Spice Girls, bagi alasan fokus fesyenKali terakhir David membelikan cincin buat isteri tersayang pada 2018.Untuk rekod, David dan Victoria mengikat tali pertunangan pada 1998 sebelum melangsungkan perkahwinan pada Julai 1999 di London.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!