suria

Tiada istilah bersara dalam kamus hidup Andy Lau, tetap aktif berlakon pada usia 62 tahun

Andy masih aktif berlakon.

PELAKON Andy Lau akan terus berlakon meskipun usianya sudah mencecah 62 tahun kerana enggan menunjukkan contoh tidak baik kepada golongan muda.

Andy berkata, dia tidak selesa jika anak-anak melihat dia hanya berehat di rumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Kata Andy, tindakan seperti itu mungkin memberikan pengaruh negatif terhadap golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan sikap ditunjukkan.

andy1 - 1

Andy tidak mengejar kejayaan demi kepuasan peribadi.

"Saya mempunyai anak dan jika mereka lihat saya hanya berbaring tanpa melakukan apa-apa, mereka mungkin tertanya-tanya dan ingin menjadi seperti saya.

"Ia contoh yang buruk kepada golongan muda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 13 tahun kahwin model Malaysia, akhirnya Andy Lau dedah sebab tak undang tetamu pada hari bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Bersara tiada dalam kamus hidup Rod Stewart, bakal buat konsert jelajah pada usia 78 tahun

Dalam pada itu, pelakon filem The Infernal Affairs ini juga memberitahu dia tidak hanya mengejar kejayaan untuk kepuasan sendiri namun ingin menjalani kehidupan lebih bermakna.

"Apabila bercakap mengenai kerjaya lakonan, saya tidak mencari kejayaan peribadi sebaliknya berharap untuk menjalani kehidupan yang lebih berharga," ujarnya.

Untuk rekod, Andy berkahwin dengan bekas model Malaysia iaitu Carol Chu pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hanna yang berusia 11 tahun.

Andy sebelum ini membintangi beberapa filem popular termasuk God of Gamblers, Cold, Running Out of Time dan Future Cops.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain