suria

Tak gugup lakon babak ranjang, Samuel Rizal selesa berpelukan dengan Aliyah Faizah

Samuel dan Aliyah berbincang untuk jayakan adegan intim.

PELAKON Samuel Rizal memberitahu dia tiada masalah melakonkan babak ranjang dalam filem terbaharu berjudul Janin Iblis Neraka.

Menurut Samuel, 43, sebagai seorang pelakon sudah menjadi tugasnya untuk menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah karya.

Dalam masa sama dia yang bergandingan bersama Aliyah Faizah dalam filem itu turut sama berbincang supaya dapat wujud keserasian melakukan babak intim.

samuel 2

Samuel profesional menjalankan tugas di lokasi.

"Sebagai pelakon saya hanya jalankan tugas. Yang menonton filem itu juga semuanya orang dewasa.

"Saya banyak wujudkan keserasian bersama Aliyah ketika membaca skrip supaya tidak kaki atau lebih selesa berpeluk serta melakukan adegan lain," katanya.

Dalam filem genre seram itu Samuel melakonkan watak Dika iaitu suami kepada Ranti yang dibawakan oleh Aliyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih pendapatan buat jualan online, Inara Rusli bantah kerajaan Indonesia tutup TikTok Shop

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun derita kanser payudara, Marshanda sudah pulih selepas cuba rawatan tradisional

Menurut Samuel juga setelah melakukan latihan bersama Aliyah mereka tidak merasa gugup untuk beraksi mesra sebagai pasangan suami isteri.

Sementara itu, Aliyah juga akui dia selesa melakonkan babak berkenaan kerana menganggap Samuel sebagai seorang sosok abang dalam bidang seni.

"Samuel anggap saya sebagai junior dalam lakonan, jadi tiada masalah untu babak itu. Kami juga banyak berbincang untuk setiap babak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain