suria

Jada Pinkett dan Will Smith berpisah sejak 2016, tiada perancangan cerai secara rasmi

Jada dan Smith bercerai sejak 2016.

PELAKON dan pengacara Jada Pinkett Smith mendedahkan dia dan suami aktor Will Smith sudah berpisah sejak tahun 2016.

Jada berkata, dia dan Will mendiamkan mengenai perkara itu selama tujuh tahun kerana belum bersedia bercakap mengenainya kepada umum.

"Kami masih cuba memikirkan bagaimana cara untuk berkongsi perkara ini (perpisahan)," katanya menerusi temu bual bersama Hoda Kotb dalam program Today Show.

Jada dan

Mereka tidak berkongsikan berita itu kerana belum bersedia.

Dalam pada itu, Jada berkata, meskipun sudah terlalu lama tidak tinggal sebumbung namun mereka tidak mempunyai perancangan untuk memfailkan penceraian mereka secara sah.

Perpisahan itu juga kata Jada tiada sebarang alasan tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang timbul fitnah, Ruhil Amani akhirnya mengaku sudah bercerai sejak 2019

"Tidak akan ada sebab untuk kami bercerai," katanya.

Untuk rekod, Jada dan Smith berkahwin sejak 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jaden Smith dan Willow Smith.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain