MAJALAH Playboy memecat bekas pelakon pornografi dan model Mia Khalifa daripada perjanjian podcast susulan menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Mia, 30, menerusi laman sosial miliknya lantang bersuara menyelar kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Susulan itu, Playboy turut mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemecatan Mia. Mia Khalifa dilucutkan daripada syarikat majalah Playboy. "Kami menulis surat ini untuk memberitahu tentang keputusan kami mengakhiri kontrak Playboy bersama Mia Khalifa. "Selama beberapa hari, Mia dilihat melontarkan komen menjijikkan dan tercela kerana meraikan kemenangan serangan pejuang Hamas terhadap Israel. ARTIKEL BERKAITAN: Jada Pinkett dan Will Smith berpisah sejak 2016, tiada perancangan cerai secara rasmi ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas, Sophie Turner akhirnya capai kata sepakat... Anak-anak dibenarkan tinggal di AS atau UK "Mia turut menyelar tindakan zionis melakukan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak tidak bersalah. "Disebabkan itu kami merasakan Mia tidak lagi sesuai mewakili jenama Playboy," kata kenyataan tersebut. Playboy turut bertindak memadam semua maklumat dan hantaran mengenai Mia di semua saluran media sosial mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!