PELAKON Um Ki Joon mendedahkan dia bersetuju berlakon dalam drama bersiri terbaharu The Escape of the Seven adalah disebabkan penulis skripnya iaitu Kim Soon Ok. Menerusi temu bual eksklusif bersama mStar, Ki Joon memberitahu ketika dihubungi Soon Ok dia tidak berfikir panjang kerana yakin peranan diberikan setanding dengan drama arahannya sebelum ini, The Penthouse yang menjadi fenomena. "Ketika sedang terlibat dalam sebuah projek lain, Soon Ok ada menghubungi saya tentang projek bersama pengarah The Penthouse. "Apabila dia tanya sama ada saya berminat, sudah tentu saya setuju," katanya kepada mStar. Ki Joon sekali lagi bekerjasama dengan pengarah dan penulis The Penthouse. The Escape of the Seven sedang ditayangkan di platform Viu Malaysia setiap Jumaat dan Sabtu. Dalam pada itu, pelakon gandingannya dalam drama berkenaan iaitu Hwang Jung Eum pula memberitahu dia teruja dapat sama-sama terlibat dalam projek tersebut. Malah kata Jung Eum, dia memberikan persetujuan tanpa membaca skrip terlebih dahulu kerana yakin skrip tulisan Soon Ok menarik. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tengok drama Penthouse, 4 remaja Korea Utara dikerah jadi buruh paksa selama 12 tahun ARTIKEL BERKAITAN: 'Reborn Rich' sedarkan Song Joong Ki tentang kekayaan, belajar bahasa Inggeris melalui 'The Crown' "Saya tidak baca skrip dan apabila penulis menelefon saya menawarkan watak antagonis, saya tak fikir panjang dan terus bersetuju," ujarnya. Bercakap mengenai The Escape of the Seven, Jung Eum berpendapat sesebuah karya itu boleh menjadi hebat dan diminati ramai disebabkan skrip yang baik. Malah dengan kredibiliti Soon Ok sebagai penulis skrip drama tersebut dia yakin siri itu bakal mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton. "Selain skrip yang hebat, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ki Joon. "Jika skrip ditampilkan hebat dan dapat buat penonton tertarik, saya pasti drama ini bakal dapat sambutan hangat dalam kalangan penonton," jelasnya. Jung Eum memegang sebagai watak antagonis. The Escape of the Seven mengisahkan tentang seorang wanita yang hilang dan misteri itu melibatkan tujuh individu. Misteri kehilangan wanita itu akhirnya terbongkar di hadapan tujuh individu tersebut yang membuatkan mereka tidak boleh melarikan diri. Selain Ki Joon dan Jung Eum, drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Lee Yu Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!