suria

Mediasi 4 hari berjaya, Joe Jonas tak jadi cerai Sophie Turner

Joe Jonas tarik semula permohonan cerai terhadap Sophie.

PENYANYI Joe Jonas dilaporkan menarik semula permohonan cerai terhadap isterinya iaitu Sophie Turner yang difailkan sebelum ini.

Page Six melaporkan Joe dan Sophie telah mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara tertutup.

Kata sepakat itu dicapai selepas kedua-dua mereka menjalani proses mediasi selama empat hari.

Joe 2

Joe dan Sophie dilapor telah banyak capai kata sepakat.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Joe dan Sophie turut mencapai kata sepakat bagi beberapa berbangkit dan setuju menyelesaikan secara baik.

Pasangan itu juga sebelum ini turut berjaya menyelesaikan isu berkaitan hak penjagaan sementara dua anak mereka iaitu Willa, 3 dan Delphine, setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas, Sophie Turner akhirnya capai kata sepakat... Anak-anak dibenarkan tinggal di AS atau UK

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah perintah 2 anak Joe Jonas dan Sophie Turner terus menetap di New York

Sebelum ini, Joe, 34, dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Sophie, 27, di Miami-Dade County Florida atas alasan tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Joe dan Sophie berkahwin pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain