suria

Mahu berdua-duaan, Gigi Hadid dan Bradley Cooper pinjam banglo mewah tepi pantai milik Taylor Swift

Gigi Hadid dan Bradley Cooper didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta.

MODEL Gigi Hadid dan pelakon Bradley Cooper dilaporkan telah meminjam rumah penyanyi Taylor Swift di tepi pantai untuk meluangkan masa berdua-duaan.

Menurut laporan media Hollywood, pasangan itu dikhabarkan telah menghabiskan masa di rumah agam pemenang Grammy di Rhode Island bagi melarikan diri daripada kesibukan Bandar New York City.

Walaupun Gigi dan Bradley mempunyai hartanah mereka sendiri di New York, mereka mahukan tempat yang lebih peribadi untuk meluangkan masa mengenali satu sama lain.

NP (3)

Taylor Swift memberi keizinan Gigi dan Cooper bermalam di salah satu rumahnya untuk luangkan masa berdua.

Kediaman lapan bilik tidur itu pernah ditonjolkan dengan ketara dalam lagu hit Swift The Last Great American Dynasty.

Sebelum ini, pasangan tersebut mencetuskan khabar angin percintaan mereka pada awal bulan Oktober 2023 apabila mereka dilihat makan di tempat popular Via Carota dan pulang dengan kereta yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid kembali bertaut

ARTIKEL BERKAITAN: Gigi Hadid ‘kantoi’ bawa dadah, beg kena geledah di lapangan terbang

Beberapa hari kemudian, kedua-duanya dilihat kembali ke Big Apple selepas menghabiskan masa dengan percutian romantik.

Untuk rekod, Hadid mempunyai seorang cahaya mata bersama bekas kekasihnya Zayn Malik iaitu Khai yang kini berusia 3 tahun manakala Cooper dan bekas isterinya model Irina Shayk berkongsi anak perempuan berusia 6 tahun Lea De Seine.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain