suria

Ramai puji Kim Kardashian awet muda, tak percaya dah nak masuk 43 tahun... Tapi netizen kata hidung dan bibir nampak berbeza

Netizen melihat perbezaan pada bibir Kim Kardashian.

BAKAL menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-43 pada 21 Oktober ini, netizen memuji penampilan selebriti Kim Kardashian kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.

Pun begitu, Mirror melaporkan netizen juga melihat perubahan pada bahagian bibir dan hidung Kim yang kelihatan berbeza berbanding kebiasaan.

Perkara itu menjadi bualan selepas Kim tampil dengan busana mempersona di Minggu Fesyen New York, September lalu.

kim1 - 1

Penampilan terdahulu Kim dilihat berbeza.

Menjengah ruangan komen di forum Reddit, rata-rata netizen membahaskan isu berkenaan penampilan Kim yang dilihat berbeza terutama pada bahagian bibir dan hidnungnya.

"Kim tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan bibir 'palsu' yang besar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali nafi buat pembedahan pada wajah, Kim Kardashian kantoi jumpa pakar bedah plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tampil memukau pakai bikini 'glow in the dark', siap tulis kapsyen minta muhasabah diri

"Saya rasa 'bengkak' (selepas lakukan pembedahan) akhirnya hilang.

"Hidung dia (Kim) sangat berbeza daripada hidung yang kelihatan semula jadi sebelum ini," tulis netizen.

Sebelum ini, Kim sering menafikan khabar angin melakukan pembedahan plastik dan turut menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan pada wajahnya.

Pada Ogos lalu, Kim dilihat berkunjung ke sebuah klinik pembedahan plastik dan dipercayai pengasas produk SKIMS ini merupakan salah seorang pelanggan selebriti doktor kosmetik, Dr. Diamond.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain