suria

Anak Travis Barker alami ketagihan alkohol pada usia 20 tahun, kesihatan mental bertambah buruk

Minuman keras memberi kesan buruk buat Landon.

PENYANYI Landon Barker mendedahkan dia pernah berdepan dengan masalah ketagihan alkohol yang kronik.

Landon, 20, berkata, dia mengambil minuman keras kerana merasakan ia jalan keluar kepada masalah kesihatan mental yang dialaminya.

Malangnya, akibat terlalu bergantung kepada minuman keras, dia akhirnya menjadi ketagih malah masalah mental yang dihadapi semakin memburuk.

"Saya fikir apabila mengambil minuman keras segala sakit akan hilang pada keesokan hari. Dari situlah saya mula ketagihan.

landon - 1

Landon mengakui pernah ketagihan alkohol.

"Saya pernah memukul diri dengan kuat sehingga mengalami gegaran otak. Selepas kejadian itu saya mula sedar masalah ini perlu diatasi.

"Ia adalah waktu paling buruk dalam hidup. Saya tidak suka dengan diri sendiri dalam tempah empat bulan itu," katanya dalam satu temu bual bersama People.

Landon memberitahu dia berdepan dengan masalah hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), anxiety, kemurungan serta obsessive compulsive disorder (OCD) yang membuat dia mengambil minuman keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berhenti minum alkohol, menyesal tak luangkan masa bersama anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sam Worthington ketagih alkohol, anxiety peminat ajak bergambar... Pernah jual semua harta dan tinggal dalam kereta

Dia bagaimanapun berjaya berhenti dari ketagihan tersebut sejak Oktober tahun lalu.

Tambah anak kepada pemain dram Blink 182 iaitu Travis Barker ini dia enggan mengambil sebarang ubat susulan masalah kesihatan yang dialami.

"Banyak yang saya telah pelajari tentang penyakit ini. Saya lebih terdedah kepada cara untuk mengatasinya.

"Saya takut untuk mula makan ubat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain