BEKAS penyanyi kumpulan One Direction iaitu Liam Payne mengaku bersalah memandu kenderaan melebihi had laju ditetapkan. Liam dijatuhkan hukuman itu di Mahkamah Majistret Lavender Hill pada 9 Oktober lalu. Meskipun tanpa kehadirannya, mahkamah memerintahkan lesen memandunya digantung selama enam bulan dan perlu membayar denda. Liam Payne mengaku bersalah pandu lebih dari had laju. Liam bagaimanapun memohon maaf dan mendakwa dia tidak mengetahui had laju dalam penghujahan sebelum ini kepada mahkamah. Penyanyi lagu Strip That Down turut dijatuhkan empat mata penalti atas kesalahan itu dan berjanji untuk membayar sebarang denda yang dikenakan. ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne sedih sukar jumpa anak sepanjang tempoh Covid-19 ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne dan Maya Henry putus tunang lagi Liam mempunyai beberapa masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini dan dimasukkan ke hospital di Itali bulan lalu selepas diserang sakit buah pinggang ketika bercuti di Lake Como bersama teman wanita Kate Cassidy. Beberapa minggu sebelum dimasukkan ke hospital di Itali, Liam telah menghentikan beberapa rancangan di Amerika Selatan selepas dia mendedahkan dia sedang dirawat kerana jangkitan buah pinggang yang serius. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!