PENYANYI Beyonce dilaporkan sanggup mengeluarkan wang lebih semata-mata untuk berasa selesa ketika menggunakan tandas. The Sun melaporkan penyanyi berkenaan membeli puluhan tempat duduk tandas yang dibawa ke setiap lokasi konsert jelajah dunianya. Malah baru-baru ini tular gambar menunjukkan sebuah kotak hitam yang dilabel sebagai tempat duduk tandas Beyonce. Petugas sentiasa pastikan Beyonce tak kongsi tandas dengan orang lain. Menurut sumber, Beyonce berasa geli menggunakan tandas yang pernah digunakan orang lain. Statusnya sebagai penghibur elit turut melayakkan dia membuat permintaan luar biasa termasuk membawa sendiri tempat duduk tandas baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Lil Rel Howery buat kejutan melamar kekasih semasa konsert Beyonce ARTIKEL BERKAITAN: Seksi! Beyonce berani sarung baju warna kulit, peminat bagi cadangan jadikan koleksi muzium Pasukan yang menjaganya juga akan memastikan setiap kali Beyonce ingin menggunakan tandas, tempat duduknya ditukar terlebih dahulu selain tidak menggunakan tandas awam. "Beyonce ini telah melakukan pelbagai perkara yang hebat jadi tiada masalah untuk menunaikan pemintaannya," katanya. Bukan itu sahaja dia juga akan ditutup cadar hitam bagi menyembunyikan identitinya apabila dibawa di belakang pentas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!