KETERUJAAN selebriti popular Paris Hilton berkongsi foto bayi lelakinya dicemari dengan pelbagai komen kurang baik dalam kalangan pengikutnya di laman sosial. Terdapat segelintir netizen tergamak mempersendakan wajah anak lelakinya iaitu Phoenix Barron yang baharu berusia lapan bulan susulan kepalanya yang besar berbanding tubuhnya. Seakan tidak sensitif terhadap seorang anak kecil, Phoenix juga menjadi bahan ketawa segelintir mereka yang meninggalkan komen. Wajah Pheonix jadi bahan jenaka netizen. Malah ada yang menyamakan kepala Phoenix seperti watak Stewie dalam animasi Family Guy yang memiliki sifat fizikal sebegitu. Bagaimanapun tidak kurang juga yang menunjukkan rasa prihatin dan menasihati Paris, 42, supaya melakukan pemeriksaan bagi memastikan anaknya dalam keadaan sihat. "Sila jumpa pakar segera. Saya serius tentang perkara ini. Saya merupakan seorang pengamal perubatan. ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang ARTIKEL BRKAITAN: Tayang foto bercuti di Hawaii, Paris Hilton dituduh tak sensitif tragedi kebakaran... Rupanya awal-awal dah buat sumbangan "Anak saya juga mempunyai kepala yang besar. Tetapi dia (Phoenix) lagi besar. Saya seorang jururawat. "Anak awak perlukan rawatan mengeluarkan cecair dalam kepala," komen netizen. Tidak kurang juga ada yang menyelar kata-kata negatif netizen terhadap Phoenix dan meminta Paris tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum. Ramai menasihati Paris supaya tidak berkongsi wajah anak. Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter Reum pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat. Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu. Berita itu bagaimanapun mengejutkan peminat kerana Paris pernah meluahkan hasrat untuk menjalani rawatan pensenyawaan in vitro (IVF) beberapa bulan sebelum itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!