suria

Persembahan dapat tentangan penduduk Melayu Riau, Siti Badriah tampil sopan sebelum naik pentas

Badriah sentiasa patuh dengan peraturan penganjur ketika membuat persembahan.

PENYANYI dangdut sensasi Siti Badriah hampir dihalang daripada meneruskan persembahan di Riau, Indonesia baru-baru ini selepas tampil dengan penampilan seksi.

Susulan itu, Badriah bertindak menukar pakaian lebih sopan sebagai mengikut garis panduan ditetapkan selain menghormati penonton yang hadir.

"Ini adalah pertama kali saya dilarang untuk membuat persembahan... Tapi ia perkara biasa apabila ada orang suka dan sebaliknya.

siti badriah 2

Badriah syukur kemunculannya diterima baik peminat.

"Sebagai penyanyi saya perlu ikut peraturan yang ditetapkan... Kalau tak boleh seksi dan bergelek saya akan patuh," katanya seperti dilaporkan Suara.

Kemunculan Badriah menerusi acara itu mendapat tentangan Gerakan Masyarakat Peduli Negeri Seribu Suluk kerana menganggap kemunculan penyanyi itu tidak sesuai dengan adat dan budaya masyarakat Melayu di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura ditawar sertai kerajaan Indonesia, tolak bergelar menteri elak jadi ‘patung’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak gugup lakon babak ranjang, Samuel Rizal selesa berpelukan dengan Aliyah Faizah

Bagaimanapun demi tugas dan tidak mahu menghampakan peminat, penyanyi lagu Lagi Syantik itu tetap muncul di atas pentas dengan mengikut peraturan ditetapkan.

"Syukur dapat menghiburkan peminat dan ramai turut menyanyi bersama lagu yang saya sampaikan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain