PELAKON Song Da Eun memberi amaran kepada peminat BTS agar berhenti menganggu dirinya susulan timbul dakwaan mengatakan dia sedang bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan berkenaan iaitu Jimin. Da Eun, 32, turut meminta supaya peminat fanatik BTS berhenti mengugutnya sebelum dia bertindak mengambil tindakan undang-undang. Dia turut meminta peminat atau Army tidak mempercayai bulat-bulat gosip yang timbul memandangkan dia tiada kaitan dengan Jimin. Song Da Eun minta Army berhenti mengganggunya. "Sila tanya orang lain dan bukannya saya tentang perkara yang tiada kaitan dengan saya. "Berhenti cuba buat saya takut dengan melakukan semua ugutan dan cacian atau berdepan tindakan saman," jelasnya. Tambah aktres itu, dia sedang mengumpul semua bukti ugutan diterima di media sosial bagi melindungi dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon asal Kanada maut selepas 12 kali jalani pembedahan plastik ubah wajah mirip Jimin BTS ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Jimin BTS turun 6 kilogram, tertekan siapkan lagu bersama Taeyang Big Bang Tambah Song Da Eun, dia tidak mahu mengulas lanjut berkenaan gambar-gambar yang dimuat naik dikatakan mempunyai persamaan dengan Jimin. "Sesetengah orang mengatakan bahawa saya menyiarkan gambar lama, tetapi walaupun saya menyiarkan gambar yang diambil hari ini, mereka akan tetap menganggap ia adalah gambar lama. "Memandangkan mereka tidak tahu bagaimana saya menghabiskan hari saya, saya tidak membalas komen sedemikian," katanya. Ini bukan kali pertama mereka digosipkan bercinta. Setelah didakwa mempunyai hubungan dengan Jimin, Song Da Eun telah diganggu oleh peminat BTS yang menuntut penjelasan lanjut berkenaan khabar tersebut. Ramai peminat mendakwa dia memuat naik gambar pada tarikh dan masa tertentu untuk membuat cerita bahawa dia sedang bercinta dengan Jimin. Untuk rekod, ini bukan kali pertama Song Da Eun terpaksa menafikan sebarang hubungan dengan Jimin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!