PELAKON sensasi Nikita Mirzani meluahkan hasrat untuk ke Palestin bagi memberikan bantuan terus kepada penduduk di Gaza yang sedang bergolak akibat diserang Israel. Nikita memberitahu dia sedang mencari jalan untuk ke sana malah sedang giat mencari maklumat berhubung penerbangan ke Palestin. "Penerbangan menghubungkan ke Palestin ditutup atau tidak? Atau ada cara lain untuk ke sana, tolong beritahu saya kawan-kawan," katanya. Kapsyen Nikita di IG Story miliknya yang mahu beri bantuan ke Palestin. Biarpun niat Nikita itu mulia mahu membantu masyarakat yang tertindas akibat perbuatan kejam zionis, namun rata-rata pengikutnya di laman sosial tidak menggalakkan dia ke Palestin. Sebaliknya, netizen menyarankan Nikita menempah tiket ke London bagi menjejaki anak perempuannya iaitu Lolly yang berada di sana seorang diri sejak anak-beranak itu bergaduh. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hina pakaian anak macam lapik meja, Lolly senarai bekas bapa tiri sebagai ‘support system’ ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani posing seksi nampak bentuk payudara, tapi seluar ungu pula jadi bualan netizen ‘otak kuning’ Konflik di antara Nikita dan Lolly mula timbul apabila anak perempuannya itu secara terbuka mengkritik tindakan ibunya di media sosial. Lebih bertambah parah apabila Lolly menunjukkan sokongan terhadap bekas bapa tirinya, Antonio Dedola selepas mereka bercerai. Nikita pula tetap dengan pendirian akan memulaukan Lolly susulan remaja itu enggan pulang ke Indonesia dan memilih tinggal bersama keluarga angkatnya di London. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!