suria

Britney Spears tak buka aib Justin Timberlake, tulis kisah cinta dalam buku biografi tanda sudah ‘move on’

Britney nafi dirinya masih belum move on dari cinta Justin.

PENYANYI Britney Spears meluahkan rasa tidak senang apabila kisah percintaan bersama Justin Timberlake menjadi bahan bualan ramai sejak akhir-akhir ini.

Britney, 42, berkata buku biografi yang berjudul The Women in Me itu bukannya ingin mendedahkan aib sesiapa sebaliknya satu kenangan hidupnya.

"Tujuan saya tulis buku itu bukan untuk menyinggung sesiapa pun. Itu adalah saya pada ketika itu... itu masa lalu!" katanya.

brit

Britney dan Justin sewaktu sedang hangat bercinta.

Kata Britney dia telah melupakan semua masa lalunya termasuk kisah percintaan bersama Justin.

Malah dia juga menegaskan sudah tidak menyimpan perasaan terhadap penyanyi rap berkenaan.

"Saya telah move on dan saya sudah lupakan semuanya. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman hidup saya di dalam buku tersebut," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak kuat” - Britney Spears bersuara tentang Sam Asghari, enggan dedah punca berpisah

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Toxic itu juga memberitahu dirinya tidak pernah terfikir untuk menulis buku namun semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Dia juga berharap buku tersebut dapat memberikan inspirasi kepada orang lain yang pernah mengalami perkara yang sama seperti beliau.

Sebelum ini kisah percintaan Briteny bersama Justin kembali hangat diperkatakan apabila penyanyi berkenaan mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan mereka.

Menurut Britney tindakan tersebut diambil kerana Justin belum bersedia menjadi seorang bapa ketika itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain