suria

G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

Kes G-Dragon masih dalam siasatan.

PENYANYI G-Dragon dilaporkan telah dipanggil oleh polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, telah dibawa ke Balai Polis Incheon, Korea Selatan pada Rabu untuk siasatan.

Bagaiamanapun tiada tahanan dibuat terhadap bekas anggota kumpulan Big Bang itu.

g dragon 2

Tiada penahanan dibuat terhadap G-Dragon.

Wakil balai polis mengesahkan hal berkenaan namun enggan mengulas lanjut akan perkara tersebut.

"Kami tidak boleh dedahkan sebarang maklumat kerana masih dalam siasatan," jelas wakil berkenaan.

ARTIKEL BERKAIITAN: Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Dituntut perjelas hubungan sebenar dengan Jimin, Song Da Eun diugut peminat BTS

Smentara itu pihak pengurusan G-Dragon iaitu YG Entertainment juga sedia maklum mengenai perkara itu dan sedia untuk memberi kerjasama.

"Kami tahu tentang siasatan terhadap G-Dragon tentang kesalahan dadah. Kami sedang meneliti laporan berkenaan," ujar wakil pengurusan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain