suria

Pink hampir mati sebab dadah, masalah keluarga punca mula terjebak

Pink mengakui dirinya seorang yang nakal ketika remaja.

PENYANYI Pink berkongsi kisah silam hampir kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Kejadian itu berlaku ketika dia masih berusia 16 tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Malah Pink atau Alecia Beth Moore Hart, 44, secara terbuka mendedahkan dia mengambil pelbagai jenis dadah pada waktu berkenaan.

pink 1

Pengalaman lalu mengajar Pink untuk tidak terlibat dengan dadah.

"Ia berlaku pada sambutan Thanksgiving tahun 1995. Saya mengambil dadah secara berlebihan. Saya mengambil pil khayal dan pelbagai jenis dadah lain. Kemudian saya pengsan kerana berlebihan.

"Iya, saya hampir mati," katanya dalam satu temu bual.

Seminggu selepas kejadian yang hampir mengorbankan nyawanya itu, Pink mula menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman dan memulakan kerjaya bersama kumpulan Choice.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears tak buka aib Justin Timberlake, tulis kisah cinta dalam buku biografi tanda sudah ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku pernah curang, kekasih gelap minta David Beckham berhenti menipu

Detik hitam itu juga menjadi pengajaran terbesar buatnya untuk tidak lagi mengambil dadah secara berlebihan.

Dalam temu bual sama, penyanyi ini memberitahu antara faktor dia terjebak dengan najis dadah ketika usia remaja adalah disebabkan masalah keluarga.

"Saya membesar dalam keluarga di mana ibu bapa saya sering bertengkar. Mereka saling membenci antara satu sama lain.

"Saya mengambil dadah dan turut menjualnya. Itu juga punca saya dihalau keluar rumah dan diberhentikan sekolah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain