suria

Gitaris Kangen Band gigih bantu mangsa kemalangan, penduduk kampung tiba-tiba datang maki tuduh jadi punca

Dodhy terkejut niat baiknya disalah erti penduduk kampung.

GITARIS kumpulan Kangen Band, Dodhy terkejut apabila niat baiknya untuk menolong mangsa kemalangan disalah erti oleh orang kampung.

Dodhy atau Dodhy Hardianto, 39, berkata dia tidak menyangka menerima cacian daripada warga kampung selepas membantu mangsa kemalangan di daerah Lampung, Indonesia itu.

Lebih menyedihkan apabila penduduk menyalahkan dirinya menjadi punca kemalangan.

kangen

Dodhy bersama Andika tampil buat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Dilaporkan keadaan ketika itu tegang apabila ada yang memberikan ancaman terhadapnya.

Dodhy juga terkejut dan bingung kerana dimarahi tanpa sebab.

Sementara itu, rakan dan juga vokalis Kangen Band iaitu Andika Mahesa yang berada di lokasi membantu meredakan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok popularkan kembali Raja Pop Melayu, ada sebab lagu Kangen Band kurang main di radio

"Lepas saya bawa orang yang jatuh itu ke hospital, tak sangka dia ikut dan marah-marah lagi kerana belum puas, akhirnya Andhika datang lalu dia meleraikan,” Kata Dodhy.

Difahamkan kejadian ini juga telah dirakam dan tular di media sosial dan Dodhy terpaksa membuat laporan polis bagi siasatan lanjut

"Andika hairan ada video saya dimarahi di TikTok tular, akhirnya Andika mengajak saya buat laporan polis,"ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain