ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey mengakui sudah penat kerana asyik dituduh sedang mengandung. Hailey Bieber, 26, mengakui berasa sedih dengan khabar angin tersebut dan menganggap orang ramai mempersoalkan keadaan badannya yang nampak berisi terutama di bahagian perut. Hailey sekali lagi menegaskan perutnya kembung adalah disebabkan mengalami ketumbuhan cyst pada ovari. Hailey sedih dengan khabar angin yang mengatakan dia hamil. "Baru-baru ini, semua orang berkata, ya Tuhan, dia hamil. Itu telah terjadi pada saya berkali-kali sebelumnya. "Saya tidak boleh kembung (perut)? Oh ya, saya tidak peduli," katanya ketika ditemu bual bersama GQ. Hailey juga mengakui yang dia berasa lucu apabila ramai peminat mengambil berat berkenaan dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Hailey Bieber tak sabar timang cahaya mata tapi takut anak jadi mangsa kecaman netizen ARTIKEL BERKAITAN: Anggap hubungan seks perosak jiwa, Justin Bieber tak sentuh Hailey sebelum kahwin "Biar saya buat apa yang saya mahu dengan badan saya dan anda semua boleh lakukan apa yang anda mahu lakukan dengan badan anda," ujarnya. Dalam masa sama, Heiley berkata, dia sebenarnya tidak sabar untuk menimang cahaya mata bersama Justin sekiranya diberikan rezeki. Sebelum ini pada Disember 2022, Hailey mendedahkan dia mengalami ketumbuhan cyst pada ovari menyebabkan perutnya nampak sedikit kembung. Kata Hailey, saiz cyst tersebut hanya sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu. Pada November 2018, Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!