suria

Terima ratusan ugutan bunuh, nyawa keluarga dalam bahaya... Bella Hadid tak berganjak sokongan terhadap Palestin

Bella tak gentar dengan ugutan diterima susulan terbuka menyokong Palestin.

MODEL terkenal Bella Hadid mendedahkan menerima pelbagai ugutan susulan lantang bersuara mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin.

Bella berkata nyawa keluarganya juga dalam bahaya apabila terdapat pihak mendedahkan alamat rumah serta nombor telefonnya secara terbuka.

"Saya menerima ratusan ancaman bunuh setiap hari, nombor telefon saya didedahkan secara terbuka sehingga keluarga saya berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Bella hadid

Bella tetap dengan pendirian menyokong Palestin.

Bella berkongsi perkara itu di Instagram miliknya sambil memaparkan foto keindahan Palestin sebelum ia musnah akibat serangan zionis.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia tidak akan sesekali berganjak dengan pendirian menyokong Palestin yang memperlihatkan banyak nyawa terkorban disebabkan perbuatan biadab Israel.

Malah Bella turut menghina tindakan rejim zionis itu yang membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid masuk hospital, dedah derita penyakit lyme sejak 15 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang dan penuh keberkatan

Model itu yang berdarah Palestin memberitahu keluarga bapanya turut dihalau daripada tempat tinggal mereka sehingga terpaksa menjadi pelarian.

Disebabkan itu kata Bella, sejak 1948 bapa serta datuk dan neneknya tidak apat pulang ke kampung halaman mereka.

"Ayah saya dilahirkan di Nazareth. Sembilan hari selepas dia dilahirkan, ayah yang dalam pangkuan ibu bersama keluarganya diusir daripada rumah mereka.

Bella tak gentar dengan ugutan pihak tidak bertanggungjawab.

Bella memberitahu keluarganya antara mangsa kekejaman Israel.

"Menjadi pelarian dan jauh dari tempat yang pernah mereka panggil sebagai rumah... Lebih malang datuk dan nenek saya tidak pernah dibenarkan kembali ke Palestin," katanya.

Cerita Bella, keluarganya menjadi saksi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang bukan sahaja mengusir tetapi tergamak membunuh tanpa rasa bersalah.

Bella turut menyeru orang ramai agar sentiasa mempertahankan hak kemanusiaan serta ada rasa belas kasihan terhadap nasib menimpa Palestin selain menggesa pemimpin dunia melakukan sesuatu bagi menghentikan kekejaman terhadap negara bergolak itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain