ANAK lelaki pelakon Nikita Willy dikatakan mirip dengan wajah pelakon asal Korea Selatan iaitu Wi Ha Joon. Ramai memuji wajah comel Issa Xander Djokosoetono selepas aktres itu memuat naik foto kanak-kanak berusia dua tahun itu di Instagram miliknya. Tidak hanya comel, wajah Issa turut dikatakan mirip seperti Ha Joon apatah lagi gaya rambut mereka juga hampir sama. Kecomelan baby Izz mendapat perhatian ramai peminat. "Ini Wi Ha Joon versi lokal. Comel sangat Issa. "Mirip sangat dengan Wi Ha Joon... Ayahnya pula ada iras RM (BTS)," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy rai pesakit kanser di hospital sempena ulang tahun pertama anak ARTIKEL BERKAITAN: Baru berusia 6 bulan, anak Nikita Willy sudah diajar makan sendiri Ha Joon terkenal menerusi beberapa drama bersiri popular termasuk Bad and Crazy, Little Women, Squid Game, 18 Again dan The Worst of Evil. Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga bersama Indra pada 16 Oktober 2021. Nikita melahirkan Issa di Hospital Cedars-Sinai Medical Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!