suria

Pelakon ‘Friends’ Matthew Perry meninggal dunia

Matthew ditemui lemas di rumahnya.

PELAKON Matthew Perry ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah jakuzi pada Sabtu.

Matthew, 54, yang terkenal menerusi watak Chandler Bing menerusi siri popular Friends ditemukan di kediamannya yang terletak di Los Angeles.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles bagaimanapun menyangkal dakwaan punca kematian Matthew disebabkan pengambilan dadah berlebihan.

mpp

Antara babak Matthew dalam sitcom Friends.

Malah pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang barang terlarang berhampiran tempat mendiang ditemukan tidak bernyawa.

Sebaliknya pihak polis percaya punca kematian Matthew disebabkan serangan jantung.

Sebelum ini, Matthew dilaporkan berdepan masalah kesihatan serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital namun keadaannya kembali pulih selepas mendapatkan rawatan.

ARTIKLE BERKAITAN: Patutlah bertahan sampai 10 musim... rupa-rupanya pelakon Friends dilarang jatuh cinta satu sama lain

ARTIKEL BERKAITAN: James Tyler: Siri drama TV popular 'Friends' akan difilemkan

Untuk rekod Matthew telah memainkan watak sebagai Chandler Bing dalam sitkom popular 90-an itu selama 10 musim.

Selain Friends, Matthew juga membintangi banyak rancangan televisyen lain seperti Boys Will Be Boys, Growing Pains, Silver Spoons dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain