suria

Tak sengaja kongsi foto hisap rokok, peminat kecewa tindakan RM BTS

RM kongsi gambar merokok pada peminat.

NAMA penyanyi RM BTS menjadi sebutan ramai apabila dikatakan tanpa sengaja berkongsi foto memperlihatkan dirinya menghisap rokok.

Bagaimanapun, foto berkenaan dipadam beberapa minit kemudian namun sempat diambil peminat sebelum dikongsi semula ke laman X.

Menerusi foto berkenaan, RM atau Kim Nam Joon dilihat meletakkan rokok yang sedang berasap di mulutnya sambil didandan oleh penata gayanya.

Sehubungan itu, rata-rata peminatnya terkejut dan kesal dengan perkongsian foto tersebut.

Mereka berpendapat RM sememangnya sudah dewasa namun dengan menghisap rokok membuatkan standard dirinya terlihat rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi lirik hina agama... RM BTS enggan mohon maaf, katanya itu hanya lagu

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama BTS, RM akui sudah tidak kenal diri sendiri

"Perangai sebenar dia dah mula keluar. Sebagai peminat saya kecewa.

"Dia tengah kecewa ke sebab itu dia merokok?” antara komen netizen.

Bagaimanapun, RM masih lagi tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubermbts

Foto yang dikongsikan RM di Instastory miliknya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain