SELEPAS empat tahun menjalinkan hubungan cinta, kekasih kepada pelakon Robert Pattinson dilaporkan sedang sarat hamil anak pertama mereka. Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi namun foto pelakon Twilight Saga bersama teman wanitanya iaitu Suki Waterhouse dengan perut yang besar tular di media sosial. Menerusi gambar yang tular di media sosial itu, Suki mengenakan hoodie longgar sambil memegang tangan Robert ketika sedang bersiar-siar. Antara foto yang memaparkan perut kekasih Pattinson. Tidak hanya itu, Suki juga dilihat sering mengusap perutnya sebelum kedua-duanya tersenyum ke arah paparazi yang mengejar mereka. Ia sekali gus mengesahkan Suki sedang hamil dan bakal bersalin tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ejen pun terkejut tiba-tiba Robert Pattinson tukar fikiran nak berlakon filem ‘The Batman’ ARTIKEL BERKAITAN: Robert Pattinson dijangkiti Covid-19, penggambaran 'The Batman' terpaksa ditangguh Pasangan ini dilaporkan mula menjalinkan hubungan pada 2018 namun memilih merahsiakan percintaan mereka kepada umum. Bagaimanapun mereka mula muncul dikhalayak ramai pada Disember 2022 namun tidak memilih mengunci mulut sama ada sudah berkahwin atau pun sebaliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!