suria

Selepas ujian air kencing negatif, ada saksi dakwa G-Dragon ambil dadah

Nama G-Dragon kembali dikaitkan dengan kes dadah.

KES penyalahgunaan dadah melibatkan G-Dragon nampak masih belum berakhir apabila seorang individu mendakwa penyanyi itu mengambil barang terlarang itu.

Menurut laporan polis, individu tersebut mengesyaki G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, mengambil barang terlarang ketika hadir di sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lalu.

"Awal Disember tahun lalu, G-Dragon datang ke tempat tersebut, sekeping kertas pembalut yang meragukan ditemui dalam tandas.

g dragon 2

Ujian pertama terhadap G-Dragon mendapati dia negatif dadah.

"Tingkah lakunya juga berbeza selepas dia keluar dari tandas," jelas individu tersebut.

Individu yang bekerja di pusat hiburan berkenaan juga dikatakan mendapatkan bekalan bahan terlarang daripada seorang doktor untuk diberikan kepada selebriti yang hadir ke premis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen ke balai polis curi perhatian peminat, cermin mata RM4,500 dipakai G-Dragon sold out!

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! G-Dragon tak ambil dadah, minta polis buat siasatan menyeluruh

G-Dragon sebelum ini hadir di Balai Polis Nonhyeon, Korea Selatan bagi menjalani siasatan selepas didakwa atas kesalahan mengambil dadah.

Siasatan berlangsung dalam tempoh empat jam dan selepas keluar dari balai polis, G-Dragon dengan gembira memberitahu keputusan ujian air kencing adalah negatif.

Pihak pengurusannya juga bertegas akan mengambil tindakan saman terhadap laporan yang dibuat pada 26 Oktober lalu menuduh G-Dragon terlibat dengan dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain