suria

Pelakon ‘Reply 1988’ Lee Hyeri dan Ryo Jun Yeol berpisah selepas 7 tahun bercinta

Lee Hyeri dan Ryo Jun Yeol dilaporkan berpisah selepas tujuh tahun menyulam cinta.

PASANGAN pelakon drama bersiri Reply 1988 iaitu Lee Hyeri dan Ryu Jun Yeol dilaporkan berpisah selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hyeri dan Jun Yeol dilaporkan memilih jalan perpisahan selepas merasakan mereka lebih baik sebagai sahabat dan akan tetap menyokong karier masing-masing selepas ini.

Kedua-dua pelakon itu mengesahkan percintaan mereka pada Mac 2017 susulan media mendedahkan foto kemesraan mereka.

NP (3)

Antara babak lakonan pasangan ini dalam drama Reply 1988.

Dalam pada itu, rakan-rakan kepada pasangan itu turut meluahkan rasa kecewa dengan berita tersebut kerana menganggap mereka sangat secocok bersama.

Malah Hyeri dan Jun Yeol tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang mereka bercinta dan rakan-rakan menyangka hubungan mereka akan berakhir dengan perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyeri (Girl's Day), Ryu Jun Yeol Sah Bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Hyeri syukur kekasih faham, Ryo Jun Yeol tonton semua episod drama 'My Roomate is A Gumiho'

Sehingga kini, pihak pengurusan kedua-dua selebriti itu masih belum mengesahkan berita perpisahan mereka.

Untuk rekod, bibit percintaan pasangan itu bermula ketika mereka sama-sama terlibat dalam drama Reply 1988 pada 2016.

Mereka memainkan watak sebagai Sung Deok Sun dan Kim Jung Wan yang secara rahsia menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain