suria

G-Dragon sangkal cukur bulu badan sebelum disiasat kes dadah, sikap acuh tak acuh sebab gementar... Peminat tampil kempen #WeStandWithGDragon

G-Dragon mendapat sokongan daripada peminat.

SUSULAN timbul pelbagai dakwaan berhubung kes siasatan berkenaan penyalahgunaan dadah, penyanyi G-Dragon akhirnya muncul dalam sebuah temu bual eksklusif bersama Yonhap News TV pada Isnin.

Menerusi temu bual berkenaan yang disiarkan, G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, tampil menjawab dakwaan dia bersikap acuh tak acuh sewaktu menghadiri siasatan di balai polis seolah-olah mengambil mudah kes berkenaan.

Menyangkal perkara itu, anggota kumpulan Big Bang itu menegaskan dia tidak berniat untuk mempamerkan sikap buruk sebaliknya sebagai manusia biasa dia juga mempunyai rasa gemuruh apabila namanya terpalit dengan kontroversi.

"Sewaktu siasatan dijalankan, sebagai manusia biasa sudah tentu saya rasa gementar.

Temu bual eksklusif bersama G-Dragon.

Temu bual eksklusif bersama G-Dragon.

"Saya langsung tidak berniat untuk bersikap seperi apa digambarkan oleh media," katanya.

Kata G-Dragon lagi, bukan mudah juga untuk dia tampil dalam temu bual eksklusif itu namun bersetuju selepas berfikir panjang bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

"Saya berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk ditemu bual. Saya mengumpul keberanian untuk membuat kenyataan ini kerana ingin menyakinkan orang ramai bahawa saya tidak bersalah," jelasnya.

Dalam temu bual sama, G-Dragon sekali lagi menyangkal semua dakwaan mengatakan dia mengambil dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! G-Dragon tak ambil dadah, minta polis buat siasatan menyeluruh

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

"Saya tidak ambil dadah! Saya tidak pernah ambil dadah atau memberikan benda itu kepada sesiapa.

"Pelik jika mereka (pihak berkuasa) dapat mengesan barang terlarang itu di dalam badan saya," jelasnya.

G-Dragon dalam temu bual sama turut menyangkal dakwaan dia mencukur bulu di badannya sebelum menghadiri siasatan.

Sebaliknya kata G-Dragon dia dengan rela hati menyerahkan spesimen rambut, kuku, kuku kaki kepada pihak berkuasa meskipun tidak diminta berbuat demikian bagi membuktikan dia tidak bersalah.

eeeee

Nama G-Dragon menjadi sorotan peminat.

Sementara itu, kisah melibatkan penyanyi itu turut mendapat perhatian ramai sehingga ia trending di laman sosial X.

Tidak hanya itu, peminat turut tampil dengan tanda pagar #WeStandWithGDragon selepas ramai meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak media negara itu yang sering mengeluarkan laporan tidak benar tentang G-Dragon berhubung kes itu.

"Saya sedih apabila dia sebut 'saya juga manusia biasa'... Saya kirim pelukan virtual untuk awak G-Dragon.

"Terima kasih kerana mempunyai sikap rendah diri, berani dan jujur. Saya bangga menjadi peminat awak," komen peminat.

Hasil ujian penyalahgunaan dadah G-Dragon didapati negatif.

Hasil ujian penyalahgunaan dadah G-Dragon didapati negatif.

Sebelum ini, G-Dragon dituduh bersikap acuh tidak acuh dan hanya tertawa ketika berdepan dengan wartawan pada hari dia ke balai polis bagi membantu siasatan.

Segelintir netizen menyifatkan penyanyi itu kelihatan sombong kerana respon diberikan terhadap soalan daripada pihak media.

G-Dragon disiasat selama hampir empat jam selain ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan negatif dadah.

Nama penyanyi itu menjadi sebutan selepas dia didakwa mengambil dadah ketika datang ke sebuah kelab malam di Seoul pada Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain