suria

Suami tidak izin hamil, pengacara TV hampir bunuh diri... Nekad minta cerai tak tahan nafkah terabai

Zeda mahu menuntut cerai daripada suami.

PENGACARA asal Indonesia, Zeda Salim mendedahkan dia tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri.

Selain mengalami penderaan secara seksual dan mental, Zeda atau Zurayda Salim, 37, juga tidak dibenarkan hamil oleh suami sendiri iaitu Habib Ali Jindan.

Malah dia juga tidak mengetahui alasan Habib Ali atas tindakan itu sedangkan sebagai seorang isteri yang sah Zeda berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya.

zeda salim 2

Zeda pernah melakukan cubaan bunuh diri.

"Sebagai seorang isteri saya seharusnya mendapatkan hak-hak yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Namun saya tidak mendapatkan apa yang sepatutnya.

"Salah satunya saya tidak dibenarkan untuk hamil tanpa sebarang alasan yang jelas," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Lebih tiga tahun hidup menderita, Zeda akhirnya membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga pada 24 Julai lalu dan kes masih lagi dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani sudah jumpa pengganti, sedia kahwin kali ke-5 tahun depan

Wakil peguam turut mendedahkan Zeda pernah bertindak untuk membunuh diri kerana tertekan selain cuba mengambil ubat-ubatan terlarang.

"Dia (Zeda) sangat terkesan. Jiwa dan fikirannya sangat raput kerana mengalami keganasan rumah tangga.

"Kerana rasa kecewa dengan suami sendiri, dia pernah cuba membunuh diri. Dia mengambuil ubat-ubat terlarang," jelas wakil peguam.

Sementara itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Zeda juga pernah meluahkan rasa kecewa dan meminta agar dia diceraikan secara baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain