PENYANYI rap Nicki Minaj menyesal melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian badannya demi kelihatan lebih cantik. Nicki, 41, berkata, dia juga merindui bentuk tubuhnya sebelum melakukan pembedahan namun sedar dia tidak dapat kembali kepada dirinya yang asal. "Saya beri jaminan jika anda menukar apa-apa pada badan dan melakukan pembedahan, kemungkinan besar nanti anda akan merindui masa lalu. Nicki rindu untuk melihat bentuk tubuh badannya yang asal. "Dan itulah yang berlaku kepada saya sekarang," katanya. Nicki berkongsi penyesalannya itu menerusi episod podcast bersama Vogue: The Run Through baru-baru ini. Penyanyi itu juga mendedahkan sebelum ini dia gemar melakukan pembedahan plastik hanya semata-mata mahu kelihatan seksi. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ujian air kencing negatif, ada saksi dakwa G-Dragon ambil dadah ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih tayang perut buncit depan paparazi, Robert Pattinson bakal bergelar bapa "Saya tidak suka badan kurus, punggung rata dan payudara kecil! Saya mahu kelihatan seksi," ujarnya. Tambah penyanyi lagu Super Bass itu, dia juga enggan melihat kembali fotonya kerana tidak suka dengan penampilannya selepas melakukan pembedahan. "Ada beberapa gambar yang saya tak mahu tengok sebab tak suka lihat badan saya sendiri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!