suria

Kekasih muda ubat kesepian selepas 36 tahun menjanda, ibu Virgoun sedia nikah Jordan Ali

Eva merancang untuk berkahwin dengan Jordan.

IBU kepada penyanyi Virgoun tidak peduli hubungannya dengan teman lelakinya itu mendapat tentangan daripada keluarga.

Eva Manurung, 60, berkata, dia dan kekasihnya iaitu Jordan Ali, 31, juga sudah sedia mendirikan rumah tangga walaupun hubungan itu tidak mendapat restu anak-anaknya.

Kata Eva, Jordan seorang lelaki yang baik selain mengubat kesepian selepas sekian lama bercerai dengan bekas suami sejak 36 tahun lalu.

Eva 1

Hubungan mereka tidak direstui keluarga.

"Kamu jangan berubah Jordan hanya disebabkan anak-anak tidak menerima kamu. Ini adalah saat bahagia buat kita berdua.

"Masa anak-anak berkahwin saya tak pernah larang dengan pilihan mereka dan sekarang Jordan pilihan saya, mereka kena terima," katanya.

Tambah Eva, Jordan merupakan seorang lelaki bertanggungjawab termasuk banyak menjaganya ketika kesihatannya kurang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ugut henti beri wang bulanan... Ibu tak peduli, masih mampu cari duit tampung hidup dan kekasih muda

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan cinta dengan pemuda 23 tahun, Virgoun henti beri wang bulanan kepada ibu

"Kalau tiada siapa yang hantar saya ke doktor, dia yang akan hanar saya. Belikan ubat dan sebagainya," ujarnya.

Sebelum ini, Virgoun bertindak berhenti memberikan wang bulanan kepada ibunya selepas mengetahui wanita itu menjalinkan hubungan dengan Jordan.

Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju ibunya menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut.

Hubungan mereka terbongkar selepas didedahkan sendiri oleh kakak Virgoun iaitu Febby Carol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain