suria

Jefri Nichol bekerja seawal usia 17 tahun, perlu tanggung keluarga selepas ibu bapa bercerai

Jefri bekerja untuk tanggung keluarga.

PELAKON Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia terpaksa mula bekerja seawal usia 17 tahun kerana perlu menanggung perbelanjaan keluarganya yang dalam kesempitan.

Jefri, 24, berkata, selepas ibu bapanya bercerai dia merupakan tulang belakang keluarga untuk mencari rezeki bagi menanggung ibu, adik dan dua orang sepupu yang tinggal bersama mereka.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu menyara bapanya yang tinggal di Padang, Indonesia.

jefri nichol 2

Jefri pernah lalui hidup susah menanggung keluarga.

"Saya menyara hidup keluarga. Ada ibu, adik dan dua sepupu tinggal di rumah. Sejak tiga tahun lalu ada juga dua orang rakan yang tinggal bersama.

"Bapa saya yang berada di Padang pun saya masih bantu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol hampir nikah muda, sekarang takut pula nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja dedah maklumat peribadi ‘haters’ di media sosial, Jefri Nichol berdepan tindakan saman

Tambah pelakon filem Dear Nathan ini, akan memastikan makanan di rumah sentiasa tersedia agar ahli keluarganya tidak kelaparan.

Bahkan Jefri juga terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian kerana mahu memberi peluang kepada adiknya mendapat pendidikan terbaik.

"Saya tidak sambung pengajian selepas tamat sekolah. Biar adik saya sahaja yang sambung belajar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain