TAYANGAN perdana dokumentari Bearing Witness to the October 7th Massacre yang kononnya memaparkan serangan Hamas terhadap Israel gagal mendapat perhatian penonton. Acara yang dianjurkan oleh pelakon Gal Gadot itu tidak mendapat sambutan selain ramai selebriti yang dijemput tidak menghadirkan diri. Gadot juga dilaporkan tidak hadir ke tayangan filem berkenaan meskipun acara tersebut adalah ideanya sendiri. Gal Gadot dikenali dengan watak Wonder Woman. Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah. Pengarah dokumentari itu, Guy Nattiv memberitahu penting baginya untuk menayangkan filem tersebut bagi menunjukkan kebenaran tentang peperangan di antara Palestin dan Israel. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun derma kepada Palestin” - Raja Ilya berang netizen tuduh sokong Israel, tak tahu ramai benci Gal Gadot ARTIKEL BERKAITAN: Gal Gadot tak sakit bersalin, kalau boleh mahu dapat anak setiap minggu Gadot yang juga bekas pengajar kecergasan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) secara terus menyatakan sokongan terhadap Israel. Pelakon filem Wonder Women itu tetap dengan pendirian Israel berada di pihak benar terutama ketika pencerobohan semakin meningkat melibatkan rejim zionis di Gaza. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!