ANGGOTA keluarga Paris Hilton bertambah lagi apabila selebriti terkenal itu mengumumkan menimang cahaya mata kedua. Paris, 42, turut memilih nama London untuk bayi perempuannya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Sabtu lalu. Personaliti itu turut berkongsi video memperlihatkan dia mendukung anak lelakinya iaitu Phoenix yang teruja dengan kehadiran adik perempuannya. Paris dan suami Carter Reum. Turut kelihatan dalam video berkenaan adalah suami Paris iaitu Carter Reum. Pada Januari lalu, Paris dan Carter mengumumkan kelahiran anak sulungnya mereka melalui kaedah ibu tumpang. ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton betul-betul hilang sabar! Bengang netizen ejek kepala anak ARTIKEL BERKAITAN: Tayang foto bercuti di Hawaii, Paris Hilton dituduh tak sensitif tragedi kebakaran... Rupanya awal-awal dah buat sumbangan Bagaimanapun Paris tidak mendedahkan kaedah London dilahirkan namun dipercayai menggunakan cara serupa. Paris dan Carter mendirikan rumah tangga pada November 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!