suria

Menjiwai watak pesakit kanser, berat badan Park Min Young tinggal 37 kilogram

Wajah pucat Park Min Young jadi perhatian netizen.

PELAKON Park Min Young sanggup menurunkan berat badannya secara drastik demi menjiwai watak menerusi drama Marry My Husband.

Min Young, 37, memberitahu berat badannya kini hanya sekitar 37 kilogram dan ia cukup ideal dalam menzahirkan peranan sebagai Kang Ji Won menerusi drama bersiri berkenaan.

Perubahan fizikal aktres berkenaan menjadi perhatian peminat susulan dia berkongsi foto salah satu babak drama berkenaan yang memperlihatkan dia dalam pakaian hospital sambil memakai penutup kepala.

PMY1

Park Min Young bersama wajah pucatnya untuk drama terbaharu.

Menerusi gambar berkenaan, Min Young kelihatan kurus selain wajahnya kelihatan pucat sehinggakan ia menjadi perbualan dalam kalangan peminat.

Malah ramai bimbangkan kesihatan aktres berkenaan selain menganggap dia terlalu memaksa diri bagi menjayakan watak tersebut.

Pun begitu, ada juga peminat memuji kesungguhan Min Young dalam memaparkan realiti penderitaan terpaksa dilalui pesakit kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi hubungan cinta! Agensi sahkan Park Min Young dan kekasih sudah putus

ARTIKEL BERKAITAN: Foto makan strawberi tarik perhatian, netizen tak percaya Park Min Young kini berusia 36 tahun

Memetik laporan tvN, drama tersebut mengisahkan tentang perkahwinan Kang Ji Won lakonan Min Young yang tidak bahagia.

Malah ia menjadi lebih teruk lagi apabila Ji Won disahkan menghidap kanser namun diberi peluang mengubah kehidupannya.

Marry My Husband bakal ditayangkan pada Januari 2024 di tvN.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain