suria

Bekas isteri menang royalti 5 lagu ciptaan Virgoun, pertama kali dalam sejarah Indonesia

Inara bakal menerima royalti daripada lima lagu nyanyian Virgoun.

BEKAS isteri kepada Virgoun iaitu Inara Rusli berjaya dapat tuntutan pembahagian royalti terhadap lima lagu nyanyian penyanyi berkenaan.

Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mendapat hak royalti itu selepas bercerai secara sah dengan Virgoun pada 10 November lalu.

Lima lagu berkenaan adalah Surat Cinta Untuk Starla, Bukti, Orang Yang Sama, Titik Balik di Hidupku dan Saat Kau Telah Mengerti.

inara1 - 1

Lagu-lagu nyanyian Virgoun banyak mengambil inspirasi daripada Inara.

Bagaimanapun kata ibu tiga cahaya mata itu, mahkamah tidak menolak pembahagian royalti itu bertambah jika terdapat lebih banyak lagu ditulis Virgoun yang menjadikan dia sebagai inspirasi.

Dalam pada itu, Inara berkata, kemenangan itu turut menjadi sejarah di Indonesia kerana ini kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara mahu cari pengganti selepas sah cerai Virgoun... Pilih lelaki good looking, tak selekeh

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

"Selepas ini pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua iaitu Virgoun dan saya, selama mana lagu itu dimainkan.

"Hari ini dalam sejarah, pertama kali di Indonesia royalti merupakan subjek dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian suami isteri," ujarnya.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain