suria

Seunghan tertekan selepas gambar cium, hisap rokok tersebar... Umum rehat daripada kumpulan Riize

Seunghan turut memohon maaf secara terbuka kepada peminat.

BARU sahaja memulakan langkah dalam industri seni, salah seorang anggota kumpulan Riize iaitu Seunghan terpaksa berehat buat seketika susulan kontroversi tular.

Pihak penugurusan Riize iaitu SM Entertainment mengumumkan perkara tersebut selepas mengambil kira masalah tekanan yang dialami oleh Seunghan.

"Seunghan memohon maaf kerana membuatkan anggota lain dan peminat kecewa selepas tersebar gambar peribadinya sebelum ini.

seunghan 2

Seunghan (kiri) tidak dapat teruskan aktiviti bersama Riize.

"Dia bertanggungjawab atas perkara ini dan turut mengalami tekanan mental, jadi selepas perbincangan dia mahu tangguhkan dahulu sebarang aktiviti seni," jelas kenyataan berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial gambar Seunghan menghisap rokok di tempat awam ketika dia berada di Jepun.

Bukan itu sahaja, gambar Seunghan bercium dengan seorang wanita juga menjadi bualan hangat sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink dijemput ke Istana Buckingham, terima anugerah kehormat daripada Raja Charles III

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan ambil dadah, G-Dragon mahu saman penyebar fitnah

Menjelaskan hal tersebut pihak pengurusan memaklumkan gambar itu dirakam sebelum nama Riize diumumkan sebagai sebuah kumpulan baharu.

Pihaknya juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan foto berkenaan.

Laporan akan dibuat dan pihak pengurusan tidak akan berkompromi dengan individu berkenaan dalam mengambil tindakan saman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain