suria

Bebas tuduhan ambil dadah, G-Dragon mahu saman penyebar fitnah

Wakil G-Dragon akan jalankan siasatan cari penyebar fitnah.

PENYANYI G-Dragon bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya susulan dakwaan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, wakil peguam kepada G-Dragon atau Kwon Ji Yong menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.

Malah mereka juga melihat, penyebaran dakwaan menggunakan dadah terhadap G-Dragon adalah satu kenyataan fitnah yang telah menjejaskan imej penyanyi itu.

g dragon 1

G-Dragon lega hasil ujian makmal negatif.

"Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyiarkan cerita berniat jahat termasuk fitnah, penghinaan, gangguan seksual, penyebaran maklumat palsu dan fitnah jahat terhadap Kwon Ji Yong.

"Kami akan terus meminta pihak terbabit bertanggungjawab tanpa ada sebarang penyelesaian lain atau kelonggaran terhadap isu ini," jelas wakil peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon sangkal cukur bulu badan sebelum disiasat kes dadah, sikap acuh tak acuh sebab gementar... Peminat tampil kempen #WeStandWithGDragon

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

Dalam masa sama pihak mereka akan menjalankan siasatan menerusi pemantauan sendiri atau maklum balas peminat G-Dragon.

Bekas anggota kumpulan Big Bang itu sebelum ini dipanggil pihak polis bagi menjalankan siasatan selepas tular dakwaan dia mengambil barang terlarang.

G-Dragon memberi kerjasama baik sepajang siasatan dan pada 21 November hasil ujian makmal mendapat semua sampel yang diambil adalah negatif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain