suria

Luang masa bersama di Paris, Lisa Blackpink dan bos Tag Heuer masih jalin hubungan istimewa

Kelibat Lisa dan Frederic dilihat netizen.

PENYANYI Lisa Blackpink dikhabarkan meluangkan masa bersama kekasihnya Frederic Arnault di Paris baru-baru ini.

Khabar tersebut sekali gus menyangkal dakwaan pasangan berkenaan telah berpisah.

Memetik laporan Allkpop, Lisa dikatakan telah pergi ke Paris menaiki kapal terbang peribadi milik Frederic pada 6 November lalu.

lisaa1

Netizen dakwa Lisa ke Paris untuk meraikan ulang tahun kelahiran Frederic.

Malah kelibat Lisa juga dilihat peminat semasa dia membeli belah di butik Celine Paris.

Difahamkan kehadiran Lisa juga untuk meraikan ulang tahun kelahiran Frederic pada 7 November.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa pasangan berkenaan telah berpisah kerana persembahan Lisa di Crazy House pada September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Telur dadar makanan kegemaran Lisa Blackpink, permintaan ‘khai jiao’ melonjak di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink dan bos Tag Heuer sudah berpisah? Katanya Frederic kecewa persembahan ‘teman wanita’

Frederic juga dikatakan mula menjauhkan diri daripada Lisa sejak persembahannya di kelab kabaret itu.

Pasangan berkenaan dikhabarkan mula akrab sejak tahun lalu malah Frederic pernah dilihat menghadiri konsert sehingga menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain