suria

Kyuhyun Super Junior cedera, diserang wanita tak dikenali guna pisau

Kyuhyun diancam wanita misteri.

ANGGOTA kumpulan Super Junior Kyuhyun mengalami kecederaan selepas diserang seorang wanita tidak dikenali menggunakan sebilah pisau.

Difahamkan wanita berusia 30-an itu memasuki bilik rehat penyanyi berkenaan sebelum bertindak menikamnya.

kyuhyun

Kyuhyun diserang wanita misteri.

Chosun Ilbo melaporkan wanita itu menyerbu masuk bilik berkenaan tanpa kebenaran selepas Kyuhyun selesai membuat persembahan.

Susulan kejadian itu, Kyuhyun mengalami kecederaan pada bahagian jari ketika mengelak tusukan pisau daripada wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kyuhyun (Super Junior) Direhatkan Kerana Cedera Pita Suara

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Kyuhyun Didenda Kerana Langgar Peraturan

Sementara itu, polis sudah menahan wanita tersebut dan kini berada dalam tahanan bagi menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur dendam.

Kyuhyun bagaimanapun menjelaskan dia tidak mengenali wanita tersebut malah tidak mempunyai sebarang musuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain